Cerita sains fiksyen dah banyak merealisasikan robot-robot yang pasti mustahil untuk ada di dalam dunia nyata seperti transformer, r2d2, terminator. Tetapi kini semua itu hampir menjadi kenyataan. Cuba tengok video di bawah.
Robot 5: Big Dog
Suatu ciptaan yang menakjubkan (tetapi cukup menyeramkan apabila bergerak) direka oleh Boston Dynamics. Pada asasnya ia dibina untuk berfungsi sebagai robot keldai dan diberi nama BigDog. Ia terkenal kerana kestabilan dinamiknya. Mampu untuk bergerak diatas rupa bumi berais yang licin dan mampu ‘berdiri’ semula walaupun selepas ditendang dengan kuat, kaki empat BigDog membolehkan ia bergerak ke tempat-tempat di mana kenderaan lain tidak boleh melaluinya. Walau bagaimanapun, bunyi dengung yang dihasilkan ketika bergerak amat mengerikan. Ianya diubah suai dari enjin go-kart.
Robot 4: iRobot Roomba
ROOMBA adalah mesin kecil yang cukup berkuasa. Dicipta oleh syarikat IROBOT, ia boleh dikatakan salah satu robot isi rumah yang paling meluas digunakan hari ini. Pembersih vakum automatik yang kecil atau ROOMBA selamat untuk benarkan ia bergerak dalam rumah dengan sendirinya kerana ia dilengkapi pelbagai sensor intuitif (termasuk sensor tebing yang membolehkannya berhenti di hujung supaya tidak jatuh tangga atau jatuh dari tingkat atas).
Robot 3: AIBO
AIBO (Artificial Intelligence Robot) adalah robot rekaan dari syarikat Sony. Nama AIBO sama maksudnya dengan perkataan dalam bahasa Jepun yang beerti ‘kawan’ atau ‘rakan kongsi’. Boleh beroperasi secara automatik, AIBO boleh berjalan, melihat persekitaran melalui kamera terbina dan memahami arahan yang diberi. AIBO menjadi begitu popular selepas konvensyen AIBO diadakan di Shinjuku. Model pertama keluar pada Mei ke-11 tahun 1999, beberapa versi robot yang berbeza telah dikeluarkan sebelum akhirnya dihentikan pada tahun 2006 (penjualan AIBO terpakai tetap terus dijual sehingga hari ini). Walau bagaimanapun, Sony mengesahkan bahawa terdapat sokongan untuk model terbaru ERS7 sehingga 2013, serta membayangkan untuk pembangunan berterusan perisian AIBO untuk digunakan dalam barangan pengguna yang lain.
Robot 2: Qrio
QRIO (“Quest for cuRIOsity”, pada asalnya diberi nama Sony Dream Robot atau SDR), tidak pernah ada untuk jualan komersil (dan mempunyai kos yang sama dengan sebuah kereta saloon keluarga). Satu lagi robot dari Sony yang stabil dan mempunyai dua kaki humanoid, QRIO mampu mengecam vokal dan muka serta mampu untuk mengambil bahagian dalam perbualan, tarian dan berlari (diiktrafkan Rekod Dunia Guinness pada tahun 2005 untuk menjadi robot pertama yang berkaki dua berlari). Pergerakan bagaikan bendalir yang menakjubkan menjadikan Qrio terkenal dengan tarian kariografinya untuk beberapa acara dan majlis. Disebabkan itu juga Qrio telah muncul dalam musik video Beck, Hell Yes.
Robot 1: Asimo
ASIMO (Advanced Step in Innovative Mobility) rekaan Honda, pertama kali secara rasmi dilancarkan pada tahun 2000. Berketinggian empat kaki tiga inci, ia kelihatan seperti angkasawan kecil kerana memiliki kepala seperti topi keledar dan visor yang melengkung. Selain dapat mengecam muka, suara dan objek, ASIMO juga boleh diajak berbual-bual. Ia juga dapat bergerak dengan selamat bukan untuk dirinya sahaja tetapi juga berhampiran dengan manusia. Bateri ASIMO sebenarnya ditempatkan di “Backpack” nya. Model terbaru ASIMO mampu beroperasi selama lebih kurang empat puluh minit ke satu jam. ASIMO telah mengembara ke banyak tempat di seluruh dunia dengan membuat kemunculan atau persembahan.
Post a Comment
Post a Comment